Modenas tandatangan MOU bersama GIATMARA untuk program “TVET”

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) dan GIATMARA Sendirian Berhad (GIATMARA) baru-baru ini telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) bertempat di Universiti Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Kuala Lumpur (UniKL MIAT).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MOU itu bertujuan untuk membangunkan tenaga kerja mahir dan meningkatkan ketersediaan modal insan terlatih melalui pengambilan pelajar kejuruteraan automotif dari Institut Kemahiran Mara (“IKM”) dan GIATMARA, bagi memenuhi keperluan industri.

Kerjasama tersebut kali ini bukan sahaja menyediakan kemudahan bagi pembelajaran, malahan MODENAS akan melaksanakan program “Training of Trainer” (ToT) untuk membantu meningkatkan pengetahuan serta kecekapan jurulatih dan pelatih GIATMARA.

 

2

 

Usaha kedua pihak tersebut tentu sekali dapat menggalakkan lagi pertumbuhan komuniti yang berkemahiran, berdaya saing, dan berpendapatan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, “Sebagai salah satu perintis dalam industri motosikal tempatan, MODENAS mempunyai tanggungjawab sosial untuk memastikan yang keutamaan diberikan dengan berkongsi kepakaran industri, sumber dan kemudahannya."

"Dimana ia akan memberi manfaat kepada seluruh industri permotoran dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan usahawan. Tambahan pula, ini bukan kali pertama kerjasama sebegini diperkukuh antara MODENAS dan GIATMARA, dan saya percaya melalui inisiatif ini, pelatih GIATMARA akan lebih mudah dipasarkan dan mudah diterima dalam industri.”

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…