Inisiatif ini adalah bersempena dengan ulang tahun yang ke-25 MODENAS dan usaha untuk terus mengembangkan dan meningkatkan prestasi perkhidmatan selepas jualan.
Perkhidmatan bergerak ini hanya tertakluk berdasarkan temujanji yang dibuat menerusi dalam talian, serta radius 15 km daripada pusat servis yang terpilih sahaja buat masa ini.
Juruteknik servis selepas jualan MODENAS telah dilatih untuk menguruskan keseluruhan proses, di mana mereka akan bergerak menggunakan van atau motosikal yang dilengkapi dengan peralatan yang diperlukan bagi mengendalikan proses penyelenggaraan 'Direct To Your Door'.
Buat masa ini, pusat servis terpilih yang menawarkan perkhidmatan bergerak MODENAS 'Direct To Your Door' adalah seperti berikut:
Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak (Tel: 04-466 8117)
Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang (Tel: 04-466 8199)
Hari Operasi: Isnin sehingga Sabtu
Waktu Operasi:
9.00 pagi-4.00 petang (Isnin-Jumaat)
9.00 pagi-12.30 petang (Sabtu)
Tutup pada Hari Kelepasan Am
Harga yang dikenakan pula adalah bergantung kepada jenis penyelenggaraan serta tambahan RM10 untuk bayaran caj perkhidmatan.
Jenis – jenis penyelengaraan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
MOPED / CUB |
SKUTER |
“STREET BIKE” |
|
enjin dan penapis
|
|