Modenas umum harga rasmi Ninja ZX-25R - Bermula dari RM33,900 untuk varian SE

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah bertahun menantikan kehadirannya, Edaran Modenas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Modenas akhirnya telah mengumumkan harga rasmi model Modenas Ninja ZX-25R bermula dari RM33,900 untuk varian ZX-25R SE.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan kehadirannya ke pasaran Malaysia, Ninja ZX-25R kini menjadi model paling berkuasa dalam segmennya, di mana ia dikuasakan dengan nadi empat silinder sebaris 249.8 cc yang mampu menghasilkan 51 hp dan 22.9 Nm.

Nadi empat dapur itu dipadankan dengan  transmisi enam nisbah kelajuan, bersama ciri klac assist/slipper.

 

2

 

ZX-25R turut dilengkapi dengan tangki minyak lebih besar berkapasiti 15 liter yang menyumbang 18 kg lebih berat berbanding Ninja 250 biasa.

Untuk pasaran Malaysia, Ninja ZX-25R SE ditawarkan dengan dua warna iaitu Lime Green / Ebony dan Metallic Matte Graphenesteel Grey / Ebony.

Setakat ini, harga bagi varian ZX-25RR masih belum diumumkan. Untuk varian RR, ia didatangkan dengan fork USD 37 mm (SFF-BP), penyerap hentak BFRC lite, larasan pra-muatan, serta sistem ekzos baharu yang memenuhi piawaian Euro 4.

3

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, "Model ZX-25R SE ini amat simbolik dimana ia menggabungkan inovasi, prestasi dan semangat yang dikongsi bersama Modenas dan Kawasaki. Ia juga turut menjadi titik permulaan baharu dan bakal menukar sejarah dunia permotoran di Malaysia.”

Awal bulan ini juga, tempahan Ninja ZX-25R telah dibuka, dengan tarikh pelancaran dianggarkan pada bulan September ini.

 

Baca: MODENAS Ninja ZX-25R 2023 - tempahan dibuka, varian SE & RR, pelancaran September ini

Baca: Kemunculan rasmi Ninja ZX-25R Q3 tahun ini, CKD Gurun

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…