Modifikasi Acura NSX-EV - motor elektrik Tesla RWD, pek bateri Nissan

oleh Mohamad Hanif|
Sejak kebelakangan ini, trend modifikasi kereta-kereta klasik yang disumbatkan dengan trenkuasa elektrik semakin meningkat, dan ia tidak terhad kepada kereta-kereta Eropah semata-mata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Contoh yang agak menarik untuk ditampilkan kali ini ialah sebuah Acura NSX generasi pertama (lampu pop-up) yang telah menjalani elektromod milik Geoff Budd dari Redwood City, California.
 

NSX


Untuk makluman, NSX dengan jarak perbatuan yang agak tinggi ini (368,540 km) dibeli pada Mac 2022 tanpa sebarang enjin, di mana nadi V6 asal telah ditukarkan untuk enjin K Honda.

Pemilik itu juga turut membeli sebuah motor elektrik daripada Tesla Model S tahun 2014, sebelum dimuatkan pada ruang enjin dengan menggunakan cagak kustom.
 

NSC


Berdasarkan gambar, masih terdapat ruang kosong pada bahagian tersebut disebabkan saiz motor elektrik yang lebih kecil berbanding enjin NSX yang asal.

Pemilik NSX-EV ini juga turut merancang untuk memasang pek bateri Nissan LEAF untuk membolehkannya mencapai jarak gerak yang lebih munasabah.
 

NSX


Dengan pemasangan komponen trenkuasa elektrik yang disebutkan tadi, NSX-EV dijangka 181 kg lebih berat berbanding model asal seberat 1,370 kg. 

Namun begitu, beliau berharap agar dapat mencapai nisbah pengagihan berat 50:50, sekaligus menyumbang kepada aspek pengendalian yang lebih baik dan berkesan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…