Modifikasi Golf R Mk7 dengan jantung lima silinder Audi RS3!

oleh Mohamad Hanif|
Semasa pembangunan Golf R, terdapat ura-ura Volkswagen mahu menggunakan nadi lima silinder sebaris - enjin 2.5 liter yang sama dimuatkan pada model Audi RS3.

Perancangan tersebut nampaknya ditolak oleh Audi atas alasan mudah - Audi tidak mahu Golf R yang lebih murah mengacau jualan model RS3 yang lebih premium.

Namun, perkembangan tersebut tidak menghalang seorang pemilik Golf R Mk7 bernama Kavin daripada cuba membina sebuah Golf R bernadikan enjin 2.5 liter TFSI daripada Audi.

Menurut Kavin, pada mulanya beliau tidak berniat untuk menjalankan modifikasi terhadap Golf R Mk7 miliknya, namun setelah modifikasi demi modifikasi yang dibuat, beliau mendapati enjin tersebut sudah sampai hadnya.
 

Golf R RS3


Proses penukaran jantung RS3 ke dalam Golf R tersebut dijalankan di bengkel Innovative Motorsports, dan ia mengambil masa sekitar lima minggu.

Enjin lima silinder tersebut diperoleh daripada model RS3 yang rosak akibat kemalangan, sebelum proses pemasangan enjin, transmisi dan subrangka dibuat ke dalam Golf R.

Berita baiknya, ia tidak melibatkan perubahan yang ketara disebabkan Audi RS3 dan Golf R secara asasnya berkongsi platform MQB yang sama.

 


Jadi, berapa pula anggaran kos yang diperlukan?

Menurut Kavin, ia bergantung kepada modifikasi dan apa tujuan yang anda ingin capai dalam projek tersebut, bermula serendah $15,000 (RM63,818) sehingga hampir $80,000 (RM340,360).

Sumber: YouTube Deutsche Auto Parts

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti contoh, Volkswagen Golf yang ditampilkan dalam artikel ini. Ubahsuai stance yang…
Berita Global
Venatus Evo S membawakan elemen penggayaan yang hampir serupa dengan model Venatus kuning terang…
Berita Global
Syarikat Brabus baru-baru ini memperlihatkan model terbaru yang dinamakan sebagai Brabus 700, dan…