Sebaliknya, ia wujud dalam versi crossover sedan liftback (atau fastback) yang menggandingkan bentuk badan sedan dan jarak kelegaan tanah yang tinggi seakan SUV.
Sebuah syarikat penala dari Jepun, Aimgain berazam untuk menghilangkan elemen SUV yang ada pada Toyota Crown Crossover ini dengan menawarkan kit badan gaya VIP yang lebih sporti.

Ia menampilkan sistem suspensi yang telah direndahkan, diikuti dengan penampilan plastik pelindung arka roda, cladding sisi dan cladding bampar mengikut warna badan.
Aimgain turut menambah lip hadapan, skirt sisi, serta penambahan pada bahagian bampar belakang dengan tip ekzos berwarna krom dan diffuser yang minimum.
Penampilan Crown Crossover yang sangat sporti ini disudahi dengan pemasangan rim Aimgain GTM-CV dan set angkup brek merah daripada Aimgain.