"Harga minyak global melonjak sejak lima minggu lalu, meningkatkan kos termasuk logistik dan insurans.
"Harga semasa masih mencerminkan kos bekalan terdahulu yang tinggi, sekitar US$150 setong (petrol) dan US$250 setong (diesel)," kata MOF menerusi hantaran itu.
Terdahulu, MOF dalam satu kenyataan, memaklumkan harga subsidi RON95 di bawah Program Budi MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April ini, manakala harga runcit tanpa subsidi naik 40 sen kepada RM4.27 seliter.
"Bagi diesel, harga runcit bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala harga tanpa subsidi di Semenanjung meningkat 70 sen kepada RM6.72 seliter,” menurut kenyataan itu.