Mohamed Khaled - Kontrak perolehan sewaan Black Hawk mungkin dibatalkan

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) mungkin akan dibatalkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak kementerian akan mencari alternatif penyelesaian jangka pendek untuk tempoh lima tahun untuk kegunaan tentera darat.

Tempoh akhir bagi kontrak berkenaan adalah pada 30 Oktober ini dan berkemungkinan dibatalkan.

Black Hawk yang sedia ada hanyalah disewa dalam tempoh lima tahun, dan bukannya untuk dibeli secara kekal, perlu dicari alternatif lain kata Menteri Pertahanan itu.

Kementerian Pertahanan sebelum ini dilaporkan berkata telah memberi tempoh kepada pihak pembekal sehingga Oktober ini untuk memenuhi penghantaran empat buah helikopter Black Hawk.

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat itu berkata, projek berkenaan dijadualkan bermula pada suku keempat 2025 dan dijangka siap…
Berita Domestik
"Tempoh kontrak yang tamat pada 30 Jun 2025 telah dilanjutkan selama 18 bulan lagi, dari 1 Julai…
Berita Domestik
Melalui anak syarikat milik penuhnya, Citaglobal Land Sdn Bhd, kumpulan itu pada Khamis menerima…