MOKE kini kembali! 56 unit terhad sempena 56 tahun model ikonik

oleh Muhammad Md Tajudin|
MOKE
MOKE
Mini MOKE mempunyai sejarah yang panjang dengan pengeluaran dari tahun 1964 hingga 1993 dalam pelbagai versi. 

MOKE direka oleh Sir Alec Issigonis, individu sama yang mereka bentuk model ikonik Mini dan turut berkongsi komponen seperti casis dan suspensi.

Satu lagi fakta menarik ialah MOKE pada asalnya dibangunkan sebagai kenderaan tentera untuk dihantar ke kawasan pihak lawan menggunakan kapal terbang.

MOKE pada era 60-an menikmati populariti tinggi dan pada hari ini masih mampu menarik perhatian ramai.

Tanda dagangan MOKE sekarang ini dimiliki oleh MOKE International Limited yang dibeli pada tahun 2015.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
MOKE 2020

Ini pula berita terbaru, MOKE International Limited mengumumkan kembalinya model ikonik dan menariknya tempahan sudah dibuka untuk pelanggan di United Kingdom.

Hanya 56 unit edisi terhad MOKE dikeluarkan dan jumlah itu simbolik kepada kali pertama Mini MOKE tampil di Britain pada tahun 1964.

Tempahan juga dibuka untuk MOKE Classic (versi standard) yang mengesahkan penawaran kekal bagi tahun-tahun mendatang.

MOKE edisi terhad 56 unit hanya dibina dan dijual secara eksklusif untuk pasaran United Kingdom.

Model istimewa itu ditawarkan dalam 14 warna pilihan, gril depan dan rel cermin depan krom dan plak bernombor pada bonet.

MOKE 2020

MOKE baharu masih mengekalkan konsep asal yang ikonik.

Bezanya ialah saiz sedikit besar untuk lebih ruang dalaman dengan stereng berkuasa dan fungsi pemanas cermin djadikan kelengkapan standard.

MOKE baharu digerakkan enjin baharu 1083cc empat silinder, pancitan bahan api, suspensi yang ditingkatkan dan pilihan transmisi manual atau empat kelajuan automatik.

Kelajuan maksimum ialah 68 bsj (109 km/j) dengan enjin berkuasa 67 hp pada 6,000 rpm dan tork 93 Nm dari 3,500 rpm hingga 6,000 rpm.

Dari segi perniagaan, sejak beralih tangan kepada pemilik baharu, fokus peringkat awal ialah memenuhi permintaan pasaran Caribbean di mana MOKE popular di kalangan pembeli persendirian, hotel dan resort mewah.

Dengan kelulusan pihak berkuasa UK, MOKE kini boleh dibeli di UK dan Ireland.

MOKE 2020

Seperkara yang menarik apabila beberapa lagi model akan dilancar di Eropah, Amerika Syarikat dan pasaran lain pada tahun 2021.

Kesemua badan MOKE akan direkayasa dan kerja pemasangan awal (sub-assembly) dibuat di Midlands, England sebelum dihantar ke Cerizay, Perancis untuk pemasangan akhir.

Harga rasmi belum didedahkan kecuali angka indikatif iaitu bermula dari £20,000 (RM107,261) tidak termasuk cukai tempatan dan penghantaran.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Careta.my

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kemasukan semula ini juga adalah kali pertama versi asli Mini Moke yang asal dijual di Amerika…
Berita Global
  Jenama popular ini dihidupkan kembali oleh MOKE International pada tahun 2017 dan perkembangan…