Walaupun ia diiktiraf sebagai sistem monorel tertua, monorel yang merangkumi jarak sejauh 13 km ini masih lagi beroperasi dengan baik, dan terbaharu ia menerima sistem koc baharu yang lebih moden.
Koc baharu ini digelar sebagai Generation 15 direka oleh Büro Staubach yang terdiri daripada tiga seksyen - dua koc yang panjang di depan dan belakang sementara koc pendek duduk di tengah-tengah.
Pihak Büro Staubach masih lagi mengekalkan rekaan yang ikonik pada koc terdahulu seperti rekaan siling yang rendah, namun mereka menambahbaik beberapa ciri seperti ruang dalaman yang lebih luas serta rekaan cermin hadapan yang lebih sendeng membenarkan medan penglihatan pemandu yang lebih baik.
Sementara koc belakang pula didatangkan dengan rekaan kaca sepenuhnya bagi memberikan pemandangan yang lebih mengujakan ketika dalam perjalanan merentas bandar.
Susun atur tempat duduk juga masih lagi kekal, dengan kerusi berkembar dirapatkan di bahagian kiri sementara pintu keluar pula di bahagian kanan.
Sumber: designboom