"Sekiranya ada ciri-ciri banjir, paras air meningkat dan hujan, aset udara ini sudah siap siaga untuk diatur gerak apabila diperlukan.
"Bagi dron, kami mempunyai pusat pangkalan iaitu di Subang dan di setiap negeri mempunyai perkhidmatan dron manakala sebuah helikopter ditempatkan di Borneo dan empat lagi di Semenanjung,” katanya.
Mohammad Hamdan berkata, setakat ini kesan kepada peralihan Monsun Timur Laut dapat dilihat di beberapa kawasan seperti Hulu Langat dan Taman Seri Muda di Shah Alam namun keadaannya masih terkawal.
"Kita sudah pantau dengan baik dan tiada kemudaratan yang dahsyat...paras air masih dalam kawalan tetapi pemantauan terus dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata, 333 balai JBPM seluruh negara bersedia 24 jam bagi mengadapi sebarang situasi sama ada banjir, bencana dan usaha menyelamat yang lain.
Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Monsun Timur Laut bermula 7 Nov dan berterusan sehingga Mac 2023.