Moratorium automatik selama 6 bulan mulai Julai

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan akhirnya mengumumkan bantuan moratorium selama enam bulan untuk kesemua peminjam individu.

Ia merangkumi semua golongan termasuk B40, M40, T20 dan juga usahawan mikro. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, tidak ada syarat yang akan dikenakan dan tidak ada semakan untuk menentukan samada peminjam mengalami pengurangan atau telah hilang pendapatan.

Beliau berkata peminjam hanya perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

Usaha kerajaan dengan kerjasama pihak bank ini juga akan ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas, tetapi tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

Permohonan moratorium akan dibuka pada 7 Julai 2021 dan peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Tidak ada sebarang informasi lanjut diberikan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hari ini kesemua pihak bank menerangkan dengan lengkap apakah pakej-pakej moratorium yang…
Berita Domestik
Moratorium, atau penangguhan bayaran balik pinjaman juga turut diperluaskan kepada perusahaan mikro…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Pengedar Perodua Malaysia, Khairul Nizam Ayob memberitahu The Malaysian…