Menurut datuk bandar Moscow, Sergei Sobyanin berkata ibu negara Russia itu kini melaporkan lebih daripada 7,000 kes jangkitan baharu pada Ahad lalu, menjadikannya yang tertinggi pernah dicapai semenjak 24 Disember 2020.
Pihak berkuasa turut mengesahkan sehingga kini terdapat 14,723 kes dilaporkan di seluruh negara, kes harian tertinggi dilaporkan sejak 13 Februari.
Tambah Sergei Sobyanin, mana-mana rakyat Russia yang telah pun berumur 18 tahun dan mendapat dua suntikan vaksin dari 14 Jun hingga 11 Julai layak mendapat peluang untuk membawa pulang sebuah kereta baharu.
Setiap minggu, pihak berkuasa menawarkan sehingga lima buah kereta baharu bernilai 1 juta rouble (RM57,067).
Untuk memastikan lebih ramai rakyat Moscow mendapat suntikan vaksin, pihak berkuasa turut menukarkan semula ribuan katil hospital untuk dijadikan sebagai pusat COVID-19, dan mengarahkan pelaksanaan bekerja dari rumah untuk mengurangkan kadar jangkitan.
Malah, tempat umum seperti dewan sukan, taman permainan dan taman rekreasi akan ditutup selama satu minggu, manakala restoran dan bar pula diarahkan beroperasi tidak lebih daripada pukul 11 malam.
Sumber: Autoblog