"Pemandu dan kelindan bas ekspres, lori serta kenderaan komersial yang lain di bawah kategori perkhidmatan perlu hanya perlu memohon surat kelulusan MOT melalui sistem SMILE jika perlu melakukan perjalanan antara negeri.
"Pemegang surat kelulusan MOT tidak memerlukan surat kebenaran tambahan yang lain bagi perjalanan antara negeri sepanjang tempoh PKP 3.0 atau sekatan pergerakan penuh Fasa Pertama mulai 1 hingga 14 Jun depan," jelas MOT.
SMILE adalah sistem yang dikhususkan untuk syarikat dalam sektor logistik dan pengangkutan komersial termasuk udara dan air, perkhidmatan kurier serta gudang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Justeru, MOT menasihati pekerja berkenaan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Seperti biasa, MOT menggesa seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa mematuhi SOP yang ketat seperti ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM)," kata kenyataan MOT.