MotoGP: Garret Gerloff siap sedia ganti Valentino Rossi

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba Amerika Syarikat Garret Gerloff kini didalam keadaan bersiap sedia bagi menggantikan Valentino Rossi yang kini disahkan positif COVID-19 untuk perlumbaan MotoGP Valencia pada hujung minggu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Yamaha, pelumba Itali yang merupakan juara dunia sembilan kali itu itu perlu menunjukkan keputusan negatif dua kali berturut-turut sebelum dibenarkan berlumba kembali.

Ujian yang dilakukan terhadap pelumba berusia 41 tahun pada Selasa lalu menunjukkan keputusan positif, namun beliau mengambil satu lagi ujian pada hari Rabu.

Sekiranya keputusan tersebut negatif, Rossi bakal mempunyai masa untuk ujian kedua sebelum dibenarkan terbang ke Valencia dari Itali.

Rossi merupakan pelumba MotoGP pertama yang disahkan positif  jangkitan coronavirus.

"Nasib saya baik apabila masih lagi mempunyai dua peluang untuk kembali beraksi pada Jumaat atau Sabtu. Namun, saya berasa sedih kerana saya sebenarnya berasa amat sihat, dan tidak sabar untuk kembali mengendalikan jentera M1 dan bersatu dengan pasukan saya," ujar Rossi.

Sebelum ini beliau terlepas peluang untuk beraksi di MotorLand Aragon selepas dijangkiti virus, menjadikan Maveric Vinales satu-satunya pelumba Yamaha yang beraksi pada ketika itu.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…