MotoGP: GP Thailand turut ditunda akibat COVID-19

oleh SALINA JALIL|
Selepas perlumbaan kelas perdana MotoGP bagi pusingan pembuka tirai Kejuaraan Motosikal Dunia di Qatar terpaksa dibatalkan akibat COVID-19, Thailand selaku tuan rumah pusingan kedua turut mengumumkan penundaan saingan ke satu tarikh sesuai.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Litar Antarabangsa Buriram sepatutnya menjadi destinasi kedua Kejuaraan Motosikal Dunia pada 20 hingga 22 Mac ini namun dalam satu laporan media di sana hari ini, mengesahkan penundaan itu terpaksa dilaksanakan sebagai langkah pencegahan.

 

Menurut laporan Bangkok Post, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anutin Charnvirakul berkata keputusan itu diputuskan dalam satu mesyuarat jawatankuasa penganjur dan saingan motosikal berprestij itu akan diadakan semula di negara berkenaan sehingga wabak berkurangan.

 

Situasi membimbangkan ini turut meninggalkan kesan kepada pasukan negara yang beraksi dalam kelas MotoGP negara, PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT) terutamanya dari sudut logistik.

 

"Ia satu masalah global dan dihadapi semua pihak," kata prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali. "Bukan saja di MotoGP tetapi kita juga lihat (saingan) Formula Satu (F1), (pusingan di) China turut dibatalkan.

 

Sekarang kita tak tahu bagaimana (pusingan) di Bahrain, Vietnam (untuk F1). Keadaan ketika ini masih dinamik, masih tidak menentu. Kami 'pening kepala' dari sudut logistik dan operasi kerana semua peralatan, jentera MotoGP berada di Doha (Qatar).

 

"Apapun, pasukan Moto2 dan Moto3 kita akan menolong pasukan MotoGP kita untuk mengemas barang-barang di sana selain mendapatkan pertolongan Yamaha bagi tujuan itu."

 

Dalam laporan akhbar hari ini, Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mengumumkan perlumbaan pembuka tirai bagi kelas MotoGP di Litar Antarabangsa Losail yang dijadual pada 8 Mac ini terpaksa dibatalkan akibat wabak COVID-19 seperti mana yang telah disebut di laporan pagi tadi.

 

 

Sumber: BH

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…