MotoGP Qatar dibatalkan akibat COVID-19

oleh SALINA JALIL|
MotoGP Qatar 2020 secara rasminya dibatalkan akibat wabak COVID-19.

Wabak coronavirus yang berterusan telah menyebabkan sekatan perjalanan Qatar yang dikuatkuasakan akan menjejaskan penumpang dari Itali dan negara-negara lain memandangkan pihak Qatar meningkatkan sekatan di pintu masuk negara mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pasukan dari Itali jelas memainkan peranan penting dalam Kejohanan dan dalam kelas MotoGP, sama ada di litar dan di luar litar dan oleh itu keputusan itu telah diambil untuk membatalkan persaingan kelas utama.

 


Untuk pasukan dan pelumba kelas Moto2 dan Moto3 yang sudah berada di Qatar untuk ujian rasmi selama tiga hari di Losail International Circuit awal minggu ini, perlumbaan kedua-dua kategori masih diteruskan. 

 


Dengan itu, mereka akan bersaing dalam sesi pembukaan musim ini dari 6 hingga 8 Mac. Begitu juga dengan Idemitsu Asia Talent Cup, yang telah dirancang untuk berlumba semasa Grand Prix Qatar masih diteruskan seperti yang dirancang.
 

 

 

Sumber: MotoGP

Berita Berkenaan

Berita Global
Susulan krisis bahan api, kerajaan negara itu melanjutkan dua minggu lagi penutupan institusi…
Sukan Bermotor
Syarifuddin atau lebih dikenali Damok melengkapkan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan…