MotoPlex PJ rasmi dibuka - himpun jenama Piaggio, Vespa, Aprilia, Moto Guzzi bawah satu bumbung

oleh Mohamad Hanif|
Piaggio Group secara rasmi membuka MotoPlex Petaling Jaya, sebuah pusat pameran dinamik yang menggandingkan empat buah jenama premium - Piaggio, Vespa, Aprilia dan juga Moto Guzzi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MotoPlex Petaling Jaya dikendalikan oleh Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh Didi Group.

Ia menawarkan ruang seluas 540 meter persegi yang dibahagikan kepada dua, iaitu pusat pameran dan juga pusat servis yang menempatkan peralatan diagnostik terkini, dikendalikan oleh juruteknik yang terlatih, serta menawarkan akses kepada alat ganti berkualiti tinggi.
 

Motoplex


Dengan adanya MotoPlex PJ, pelanggan boleh mendapatkan pengalaman penuh yang unik dari empat jenama yang disebutkan tadi termasuklah servis, aksesori, barangan dagangan dan hiburan.

Menurut Naib Presiden Kanan Piaggio Group Asia Pasifik, Simone Niccolai berkata, "saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengedar kerana memperkenalkan konsep global MotoPlex kepada landskap dinamik di Malaysia, di mana ia membantu memperkukuhkan lagi kedudukan dan kehadiran kami di Asia.
 

Motoplex


"MotoPlex merupakan rumah kepada jenama ikonik Piaggio, dan dengan mengumpulkannya di bawah satu bumbung, kami mampu memberikan penawaran yang lebih meluas kepada pelanggan berpotensi yang mahu mencari pengalaman dua roda bercirikan Itali.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Didi Group Goh Kian Sin berkata, "kami amat berbangga dapat mempamerkan kesemua jenama premium Piaggio Group termasuklah Vespa, Aprilia, dan Moto Guzzi di bawah satu bumbung MotoPlex Petaling Jaya.
 

Motoplex


"Bersama-sama dengan budaya antarabangsa di ibu kota, MotoPlex Petaling Jaya mampu membawakan pengalaman bermotosikal yang diperkaya menerusi jenama lagenda yang terkenal dengan stail, teknologi dan warisan yang turut mengubah konsep mobiliti dan kebebasan individu.

Sehingga kini, terdapat lebih daripada 700 buah MotoPlex yang beroperasi di Eropah, Amerika, Asia, India dan Oceania, dan 338 unit daripadanya berada di rantau Asia Pasifik.