MOTOPLEX SUNGAI BULOH RASMI DIBUKA - HIMPUN 4 JENAMA BAWAH SATU BUMBUNG

oleh Firdaus Razani|
Didi Group selaku pengedar rasmi bagi empat jenama premium Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi baharu sahaja melancarkan pusat pameran keempat mereka iaitu MotoPlex Sungai Buloh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh Didi Group.

MotoPlex Sungai Buloh turut membawa rangkaian produk yang komprehensif, serta pusat khidmat pelanggan, menjadikannya destinasi utama bagi penggemar dan peminat kenderaan bermotor dua roda.

 

motoplex

 

Pusat pameran ini direka bentuk konsep estetika Itali dengan berkeluasan 3,400 kaki persegi dibahagikan kepada kawasan bilik pameran, 2,200 kaki persegi, dan pusat servis seluas 1,200 kaki persegi.

 

motoplex

 

Pengarah Welly Sungai Buloh, Ngo Yoke Kwang “MotoPlex Sungai Buloh membawa pengalaman bermotosikal yang menarik dan memperkaya, dengan keaslian Itali melalui jenama legenda yang terkenal dengan gaya, teknologi dan warisan mereka."

 

motoplex

 

Pusat servis ini turut dilengkapi dengan alat diagnostik yang canggih yang dikendalikan oleh juruteknik terlatih, serta menawarkan perkhidmatan pelanggan dan akses kepada pelbagai alat ganti berkualiti tinggi.

 

motoplex

 

Pada majlis pelancaran itu juga, turut dianjurkan sesi meet & greet eksklusif bersama pelumba MotoGP bagi pasukan Aprilia Racing Team iaitu Aleix Espagaro, Maverick Vinales dan Lorenzo Savadori.

 

motoplex

 

Pelumba-pelumba tersebut kini di Malaysia bersempena ujian pramusim Moto GP yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang ketika ini.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tampil dengan gaya klasik bersama ciri moden, Bullet 350 untuk pasaran Malaysia hadir dengan versi…
Pelancaran Motosikal
Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100…
Pelancaran Motosikal
Menariknya, pelancaran tersebut turut disertai oleh dua pelumba utama dari pasukan Aprilia Racing…