
Sebagai sebuah skuter elektrik, Motocompacto direka untuk pengangkutan di bandar di dalam satu pakej kompak dan sama seperti Motocompo boleh dilipat dan disimpan.
Cumanya, pengguna di Amerika Syarikat tidak ditawarkan Honda City Hatchback untuk mengimbas kenangan.
Motocompacto boleh dipandu pada kelajuan maksimum 24 kilometer sejam (km/j) dan sehingga 19 km. Masa mengecas pula 3.5 jam dan menggunakan outlet 110 volt.

Sesuai dengan konsep pengangkutan bandar, Motocompacto boleh disimpan di dalam beg dan dibawa ke dalam pengangkutan awam.
Bentuk langsing pula bermakna boleh disimpan di ruang kecil.
Bukan setakat di dalam bandar, skuter ini boleh digunakan di dalam kampus atau dibawa ke surau jika dibawa masuk oleh pekedai atau orang persendirian.
Rasanya tidak perlu menunggu lama kerana negara kita mempunyai ramai peminat tegar Honda.

Bentuk berkotak tidak bermakna sarat dengan perkakasan elektrik dan Honda menyediakan ruang simpanan di dalam badan skuter ini.
Penunggang disediakan meter kelajuan digital, tolok pengecasan dan aplikasi telefon untuk penetapan lampu dan mod tunggangan melalui Bluetooth®.
Selain itu, bentuk badan yang kosong juga membuka peluang untuk riasan seperti pelekat, pembalut dan sebagainya.

Sebagai contoh tema Mugen dan Spoon sekadar mencadangkan idea. Honda juga bakal menawarkan aksesori Motocompacto seperti topi, beg, pakaian dan sebagainya.
Berkenaan harga, Honda tidak memaklumkan angka tepat kecuali di bawah AS$1,000 (RM4,681) dan boleh dibeli pada November 2023.
Penulis: Muhammad Md Tajudin

Spesifikasi Honda Motocompacto | |
---|---|
Jenis motor |
Magnet kekal, pacuan terus |
Kuasa puncak |
490W |
Tork |
16Nm |
Pacuan |
Roda depan |
Kelajuan maksimum |
24 km/j |
Kapasiti bateri |
6.8Ah |
Tempoh pengecasan |
3.5 hours (110v) |
Jarak |
19 km |
Dimensi dan Kapasiti |
|
Jarak roda |
29.2 inci |
Panjang (buka / lipat) |
38.1 inci / 29.2 inci |
Tinggi (buka / lipat) |
35.0 inci / 21.1 inci |
Lebar (buka / lipat) |
17.2 inci / 3.7 inci |
Tinggi pelana |
24.5 inci |
Berat |
18.7 kg |