Motor Image bantu Kelab BRZ recond untuk kempen recall

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Seringkali bila ada kempen panggil semula atau recall, pemilik kenderaan unit baik-pulih import (reconditioned atau recond) akan tertinggal kerana penjual tidak mempunyai sebarang informasi dari syarikat kenderaan tersebut.

Ini ialah kerana kereta recond ialah kereta terpakai, walaupun ia tidak berdaftar. Sebarang kerosakan atau recall adalah dibawah tanggung jawab pemilik.

Namun begitu, ada recall yang berkaitan dengan keselamatan dan alat-ganti tidak dapat dibeli oleh mekanik luar. Di sini, isu mula timbul.

Motor Image Malaysia (MIM), pengimport, pemasang dan pengedar rasmi jenama Subaru telah membantu pemilik-pemilik model BRZ recond dari kelab 86/BRZ Malaysia untuk proses panggil-semula terbaharu yang membabitkan penggantian spring injap.

Kelab 86/BRZ Malaysia telah menyediakan senarai semua pemilik BRZ recond di dalam kelab dan diserahkan kepada MIM dan kurang dari 48 jam selepas itu, MIM sudah mengenal pasti kenderaan yang terbabit serta memesan alat ganti yang diperlukan.

MIM percaya cara ini ialah untuk menunjukan sokongan teknikal yang pantas untuk pemilik Subaru, terutama bagi mereka yang membeli unit baharu dari MIM sendiri.

Kelab 86/BRZ juga sudah berhubung dengan UMW Toyota untuk isu yang sama dan kini sedang menantikan senarai kenderaan terbabit.

Kelab tersebut juga ingin mengucapkan terima kasih kepada MIM kerana tindakbalas yang cepat dalam membantu mereka walaupun ia adalah unit recond.

Untuk mereka yang memiliki kereta recond, adalah lebih baik untuk anda memasuki kelab pemilik kerana kelab boleh berhubung dengan pengedar rasmi jenama tersebut untuk sebarang isu.

Untuk mengetahui lebih lanjut akan recall Subaru BRZ tersebut, baca artikel di bawah.

Kempen Recall Subaru BRZ

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…