Motorist.my lancarkan aplikasi baharu, umum kerjasasama dengan MIROS

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pada 21 Disember bertempat di Bangsar, Kuala Lumpur, Motorist.my telah melancarkan satu aplikasi baharu iaitu Motorist MY: Vehicle Super App yang memiliki pelbagai ciri menarik untuk pemilik kenderaan di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada masa yang sama Motorist bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk memasukkan maklumat mengenai ASEAN NCAP pada aplikasi tersebut.

Aplikasi baharu itu bertujuan untuk memudahkan semua pengguna kenderaan dan lebuh raya di Malaysia melalui pelbagai ciri yang akan membantu dengan pemanduan selamat melalui telefon pintar sahaja.

Antara ciri aplikasi Motorist MY: Vehicle Super App ialah:

  • Memberikan notifikasi mengenai tamat tempoh cukai jalan, pembaharuan insurans dan servis
  • Menerima maklumat mengenai saman, denda lalu-lintas dan membayar terus melalui aplikasi
  • Menyediakan sebut harga yang kompentitif untuk insurans kenderaan
  • Memiliki kumpulan sembang komuniti antara pemilik model kereta yang sama
  • Fungsi 'Co-Driver' yang akan memberi peringatan tentang zon kamera penguatkuasaan polis secara audio

Selain itu, pengguna aplikasi juga boleh mengakses rakaman kamera trafik secara langsung di lebuh raya utama untuk memberikan rancangan perjalanan yang lebih lancar.

 

Motorist

 

Pemangku Ketua Pengarah MIROS, Azhar Hamzah berkata, "Keselamatan jalan raya dan kenderaan tetap penting di Malaysia kerana hampir 18 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya setiap hari. Pihak berkuasa tempatan dan pihak automotif mesti bekerjasama untuk mencapai maklamat bersama, untuk memastikan keselamatan yang lebih baik bagi pemilik kenderaan."

"Ciri untuk mendorong pandu dengan selamat di aplikasi Motorist boleh menolong mencapai tujuan itu dan kami teruja dapat bekerjasama dengan Motorist.my untuk memastikan maklumat mengenai penilaian keselamatan kenderaan (ASEAN NCAP) boleh juga didapati di dalam aplikasi mereka”.

Majlis pelancaran dan tandatangan tersebut disertai oleh Pemangku Ketua Pengarah MIROS, Azhar Hamzah, Pengerusi MIROS, Prof Dr Wong Shaw Voon, Pengurus Besar Motorist Malaysia, Martin Belson dan Duta Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Keselamatan Jalan Raya, Jean Todt.

Aplikasi Motorist MY: Vehicle Super App telah tersedia dan boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store