Motosikal berlanggar kereta - 3 pelajar maut ditembak pemandu BMW

oleh SALINA JALIL|
Tiga pelajar maut ditembak, manakala motosikal mereka dibakar selepas kemalangan membabitkan sebuah kereta BMW di Khao Phanom, di wilayah Krabi, pada awal pagi Selasa.


Bangkok Post melaporkan, suspek lelaki berusia 42 tahun kemudiannya ditahan selepas polis mengepung sebuah kedai tayar kereta di Tamron Phru Tiew, Khao Phanom.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut polis Daerah Khao Phanom, tiga pelajar sekolah menengah itu, semuanya berumur 18 tahun, meninggalkan rumah untuk bermalam di tempat lain selepas tengah malam.


Motosikal mereka bertembung dengan kereta sedan hitam BMW. Akibat rempuhan itu, ketiga-tiga pelajar tercampak dari motosikal dan motosikal mereka turut terbakar.


Pemandu BMW tersebut kemudia keluar dari kereta dan melepaskan dua das tembakan ke arah tiga pelajar itu sebelum memecut pergi ke arah daerah Thung Yai.


Polis telah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di jalan Khao Phanom-Thung Yai dan 20 anggota polis, termasuk pasukan SWAT, mengepung sebuah kedai tayar kereta di daerah Thung Yai, di mana suspek lelaki bersenjata itu dipercayai bersembunyi. 


Mereka turut menjumpai sebuah BMW hitam dengan cermin depan rosak dan pecah.

 

Polis mendapati BMW berwarna hitam dengan nombor plat Bangkok itu didapati diletakkan di dalam garaj rumah kedai terbabit .

 

Terdahulu, pihak berkuasa menerima laporan tentang insiden tembakan di Jalan Khao Phanom-Thung Yai, dekat daerah Khao Phanom, pada 1.29 pagi, Selasa lalu .

Susulan insiden itu, polis dan anggota penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

Setibanya di lokasi kejadian, mereka menemui tiga remaja pelajar terdiri daripada lelaki dan dua perempuan, terbaring dalam keadaan tidak bernyawa di atas rumput di tepi jalan. Mangsa ditemukan dengan kesan tembakan.

 

Remaja lelaki yang maut itu dikenal pasti sebagai Nonthaphan, manakala mangsa perempuan adalah Natnicha dan Panthira.

 

Nonthaphan ditembak pada bahagian muka dan dua remaja perempuan berkenaan ditembak di bahagian belakang.

 

Kes tersebut masih dalam siasatan.

 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke arah Bayan…
Berita Domestik
Nenek kanak-kanak itu, Zainun Mat Amin, 54, berkata, ketika kejadian Muhamad Abil Qaiz sedang…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…