Motosikal bobber Jawa Perak bakal dilancarkan - RM11 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira setahun yang lalu, pada 15 November 2018, jenama Czech yang dibangkitkan semula - Jawa - kembali ke pasaran dua roda dengan pelancaran dua buah motosikal baharu iaitu Jawa dan Jawa Forty Two.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada itu, syarikat Jawa itu juga turut memperlihatkan motosikal bobber kustom yang dikenali dengan Jawa Perak. 

Sebagai memperingati ulang tahun yang pertama, Jawa bakal melancarkan motosikal bobber Jawa Perak tepat pada tarikh 15 November 2019, dengan harga kekal pada Rs 1.89 lakh (RM11 ribu).

Jawa Perak bakal didatangkan dalam warna Black Matte dengan elemen emas pada panel sisi dan juga tangki bahan api. 
 


Membantu pencahayaan di waktu siang dan malam adalah unit lampu bulat halogen, manakala ciri lain yang didatangkan termasuklah lengan ayun tunggal, pelana balutan kulit tan, dan handlebar bercermin sisi. 

Tidak seperti model Jawa dan Jawa Forty Two, Jawa Perak hadir dengan rim 18 inci hadapan dan 17 inci belakang, masing-masing dibaluti tayar Pirelli 90/90 dan 100/80. 

Walaupun berkongsi platform yang sama, Jawa Perak memiliki dimensi yang lebih panjang. 

Enjin 334 cc sejukan cecair DOHC pula mampu menghasilkan 30 kuasa kuda dan 31 Nm daya kilas, dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan manakala sistem brek cakera pula dilengkapi ciri ABS dua hala. 

Ketika artikel ini ditulis, kelihatan dua orang penulis Jawa Muar sedang menggigil menahan sabar kerana tiada sebarang kemungkinan nama tersebut akan digunakan oleh pengeluar motosikal tersebut. 

Sumber: India Car News