Motosikal ditunggang warga Bangladesh sah milik anggota polis

oleh Penyumbang Rencana|
Video tular memaparkan seorang lelaki warga Bangladesh yang mendakwa mengaku membeli motosikal daripada seorang anggota polis akhirnya terjawab.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, beliau mengesahkan motosikal itu milik anggotanya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di Sepang.

Bagaimanapun, katanya, semakan mendapati pemilik motosikal itu telah menghantar kenderaan itu untuk dibaiki di sebuah kedai.

“Akibat terlalu lama tidak diambil di kedai itu, warga asing itu kemudian meminta untuk membeli motosikal itu dan pemiliknya bersetuju untuk menjualnya,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Wan Kamarul Azran berkata, pihak telah mengeluarkan saman kepada lelaki itu atas kesalahan menunggang tanpa lesen mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Tiada sebarang kes membabitkan tren atau fasiliti di bawah kendalian Rapid KL yang berlaku seperti…
Berita Domestik
“Siasatan sedang dijalankan dan keadaan sebenar insiden itu telah dikenal pasti. Setelah siasatan…
Informasi
Video berdurasi 12 minit itu menggambarkan kononnya berlaku "standoff” antara pasukan tentera laut…