Motosikal guna laluan paling kiri sahaja - Menteri Baru Bian

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Kerja Raya, Baru Bian semalam bersetuju dengan cadangan untuk menghadkan penggunaan motosikal untuk laluan sebelah paling kiri sahaja, terutama ketika waktu puncak sebelah pagi dan petang pada hari-hari bekerja.

Beliau berkata begitu semasa temubualnya dengan portal berita online The Mole.

Menurutnya, dasar yang dicadangkan itu akan membantu menurunkan kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalanraya ketika pergi dan pulang dari bekerja.

"Tahap kemalangan motosikal untuk waktu-waktu puncak tersebut semakin membimbangkan sejak empat tahun lepas," ujarnya.

Baru juga berkata kumpulan pro-keselamatan Safety First Group telah berjumpa dengan beliau untuk memberikan cadangan tersebut.

Kumpulan itu juga mencadangkan kerajaan untuk menguatkuasakan had laju 70 kmsj untuk kapcai.

Penasihat kepada kumpulan First Safety Group, Datuk Seri Azman Ujang menyifatkan kenyataan menteri tersebut sebagai satu perkara yang menggembirakan.

Penulis secara peribadi merasakan kumpulan itu tidak mewakili masyarakat ataupun pengguna dan ia menguatkan lagi budaya "Hanya Berpangkat Yang Boleh Bersuara".

Baru Bian bagaimanapun berkata sebarang perubahan dan pengenalan undang-undang baharu tidak akan dilakukan lagi sehingga kajian terperinci dilakukan.

Sekiranya pengguna motosikal tidak membantu menurunkan jumlah kemalangan, dan sekiranya pengguna motosikal hanya tahu berkumpul untuk bersuka ria dan tidak mahu menyuarakan pendapat, maka Careta pasti undang-undang itu bakal dilaksanakan. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Diambil oleh Mohd Samsi Sumairi, 52, dari Kelantan itu dipilih oleh juri-juri dari semua negara-…
Berita Global
Kelibat motosikal suku liter berprestasi tinggi yang dilancarkan di negara jiran sedikit sebanyak…
Berita Domestik
  Bas InterCity Coach adalah jenis dua tingkat di mana motosikal disimpan di tingkat bawah…