Motosikal Harley-Davidson milik warga British lesap di Johor

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki warga British berusia 76 tahun kehilangan motosikal Harley Davidson CVO Ultra Red yang di parkir di sebuah pusat beli-belah di Taman Bukit Indah di sini petang semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa yang bekerja sebagai pengarah syarikat itu memberitahu meletakkan kenderaannya dengan keadaan berkunci di parkir pusat beli-belah itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Empat jam kemudian, lelaki tersebut mendapati motosikalnya yang berwarna merah itu telah tiada disyaki telah dicuri.

"Lelaki itu telah memaklumkan kepada polis bantuan di pusat beli belah itu. Pada hari sama, pada jam 6.50 petang, mangsa telah datang ke balai untuk membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, siasatan awal mendapati, motosikal tersebut didaftarkan di Singapura atas nama mangsa sendiri.

 

"Mangsa telah membeli motosikal tersebut dengan harga SGD70,000 dan ianya telah digunakan hampir 12 tahun.

"Kerugian dianggarkan kira-kira RM90,000," katanya.

Beliau berkata, siasatan di bawah Seksyen 379A kanun Keseksaan.

"Sebarang maklumat boleh berhubung Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau pegawai penyiasat jenayah kes ini, Inspektor Azmi Mahamad Nor@Mohammad Nor di talian 017-9298115," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…