Motosikal kuasa tinggi perlu lesen B penuh, kajian menyeluruh perlu diteliti - Menteri

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan menerima segala cadangan yang dikemukakan termasuk daripada pakar berhubung hanya membenarkan mereka yang mempunyai lesen B penuh atau B Full untuk membeli motosikal berkuasa tinggi.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laporan Sinar Harian memetik kata-kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang menyebut, semua cadangan itu perlu dilihat dengan lebih komprehensif dan menyeluruh sebelum sesuatu perubahan atau dasar dibuat.

"Apabila kita hendak laksanakan sesuatu (perkara), mesti melihat kepada keseluruhannya. Sama ada kita kena laksanakan itu adakah ia praktikal, boleh dilaksanakan (atau) adakah ia boleh memberikan kesusahan pada orang ramai.

"Itu yang paling penting. Kita tak nak buat sesuatu dasar kalau ia menyusahkan keadaan dan orang ramai," katanya ketika sidang akhbar Pelancaran Ganjaran Perjalanan Pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Khamis.

Sebelum ini, pakar keselamatan jalan raya, Profesor Madya Dr Law Teik Hua mencadangkan kepada kerajaan supaya menguatkuasakan peraturan baharu dengan hanya membenarkan mereka yang mempunyai lesen B penuh atau B Full untuk membeli motosikal berkuasa tinggi melebihi 250cc dan mendaftarkannya di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya, langkah itu untuk mengelakkan insiden kemalangan melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang tidak mempunyai lesen penuh, berulang.

Teik Hua berkata, dengan cara itu dapat memastikan hanya mereka yang benar-benar terlatih dan mahir boleh menunggang motosikal berkuasa tinggi.

 

gambar hiasan

 

Dalam pada itu, Anthony turut mengulas mengenai iklan di media sosial tentang boleh membeli kenderaan terutama motosikal walaupun tidak memiliki lesen.

"Ini dua perkara yang berlainan. Membeli motosikal dan memandu motosikal. Memandu motosikal anda perlu ada lesen. Membeli itu tak perlu.

"Kena faham bahawa sesuatu undang-undang itu mesti ada punca kuasanya. Di mana punca kuasa saya nak menghalang orang membeli motosikal atau membeli harta sendiri.

"Itu yang saya maksudkan apabila kita nak melaksanakan sesuatu ia perlu melihat kepada pelbagai aspek praktikal. Ada tak punca kuasa itu dalam undang-undang untuk Menteri Pengangkutan. Kalau tidak ada, bagaimana kita buat dan sebagainya," jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Untuk itu kementerian menerusi Perbadanan Aset Keretapi sedang mengusahakan inisiatif perolehan…
Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Berita Domestik
"Tahun 2023 juga merupakan tahun kemuncak pembinaan projek ini. Projek ECRL telah memasuki fasa…