Motosikal terbakar di UniMAP, 36 pelajar dapat bantuan wang tunai daripada PM

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari facebook Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang terkesan dalam insiden kebakaran di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Muhammad Kamil Abdul Munim pada Selasa.

"Mendoakan semoga semua yang terlibat tabah hadapi dugaan ini dan kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi akan memberi bantuan sewajarnya, insya-Allah," menurut catatan itu.

Pada 11 Mei lalu, media melaporkan 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki UniMAP terbakar yang dilaporkan kepada polis pada jam 4.43 pagi.

Dalam laporan media semalam, pengetua kompleks berkenaan, Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim, berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 36 pelajar selepas motosikal mereka mengalami kerosakan akibat kebakaran itu.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Uncategorized
Menurut Naib Canselor UniMAP, Prof Dato’ Ts Dr Zaliman Sauli, melalui Pusat Kecemerlangan Automotif…
Berita Domestik
MIMOS, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan projek RE-EV adalah melalui program High Value-Added…
Berita Domestik
  “Sepanjang tempoh tersebut sebanyak 3,000 nombor plat telah habis dijual. Ini merupakan…