MoU MARii-Emerald jalin kerjasama tingkat kepakaran teknologi brek untuk Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Emerald Auto Parts Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk kolaborasi strategik Braking System Expert Program.

Bertempat di MITI, Kuala Lumpur, MoU ini bertujuan untuk meningkatkan perkongsian pengetahuan di dalam sektor aftermarket automotif, terutama di dalam sistem pembrekan. 

Ini bertujuan bagi meningkatkan taraf industri automotif Malaysia, termasuklah pemilik bengkel, pengedar alat ganti dan juga pengedar kenderaan.

Program Braking System Expert ini juga bakal dimasukkan ke dalam program-program yang telah disusun oleh agensi kerajaan, seperti Industry-led Professional Certificate Skim Latihan Dual Nasional (IPC SLDN) dan Industry-led Professional Certificate Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (IPC PPT).

Menurut Timbalan CEO MARii, Azhar Taib berkata, "program seumpama ini akan menambah dimensi baharu bagi meningkatkan operasi perniagaan dan kepakaran di dalam komuniti aftermarket, khususnya di dalam aspek keselamatan. 

"Subjek brek tidak seharusnya diambil mudah, kerana ia merupakan salah satu komponen penting di dalam kecemasan, dan menyelamatkan nyawa dalam situasi yang tidak dijangka," tambah beliau.

Emerald merupakan pengedar eksklusif di Malaysia yang membawakan jenama Brembo - jenama pengeluar sistem brek terkemuka di dunia yang turut pakar dalam penyelidikan dan pembangunan, serta program latihan di dalam arena yang berkaitan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Berkenaan pengangkutan rentas sempadan memang telah dibincangkan antara kedua-dua Kementerian…
Berita Domestik
Majlis MoU itu turut disaksikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri Kementerian…
Berita Domestik
TDA memainkan peranan penting dalam memupuk kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia dan melalui…