MPV elektrik mewah Zeekr 009 buat kemunculan di China, 536 hp!

oleh Penyumbang Rencana 2|
Nama Zeekr mungkin tidak pernah didengar bagi sesetengah pembaca, tetapi ianya merupakan salah satu jenama dari sebuah syarikat yang tidak asing lagi di Malaysia dan dunia, iaitu syarikat kereta Geely.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jenama Zeekr merupakan jenama yang memfokuskan pada pasaran lebih premium berasingan dari Volvo.

Selepas kehadiran Zeekr 001, Zeekr menghadirkan satu lagi pendatang baru dalam pasaran kenderaan elektrik, iaitu MPV Zeekr 009.
 

009


Ianya didatangkan dengan dua varian, iaitu Zeekr 009 WE dengan bateri 116 kwj yang memberi jarak perjalanan 702 km dan Zeekr 009 ME dengan bateri 140 kwj yang memberi jarak perjalanan 822 km. Kedua-dua varian dilengkapi dengan pek litium-nikel-mangan-kobalt yang dihasilkan oleh CATL.

Zeekr 009 merupakan MPV bersaiz besar dengan dimensi panjang 5209 mm, kelebaran 2024 mm dan ketinggian 1867 mm. Dengan menghasilkan ruang dalaman kabin yang luas, ianya mempunyai baris susunan tempat duduk 2-2-2 atau untuk pilihan eksklusif dengan susunan 2-2.

Walaupun kereta ini kelihatan seperti peti sejuk dengan roda, pekali seretan yang dihasilkan sangat rendah iaitu 0.27, ianya dibantu dengan rekaan cermin depan aerodinamik yang paling besar dalam kategorinya.
 

009


Zeekr 009 ini mencatatkan berat sehingga 2,830 kg, tidak hairanlah dengan saiznya yang sememangnya besar ditambah dengan berat komponen-komponen elektrik untuk kenderaan elektrik. 

Walaupun Zeekr 009 ini merupakan antara kenderaan elektrik terberat, ianya mampu menghasilkan pecutan dari 0-100 kmj dalam masa 4.5 saat sahaja!

Sangat menakjubkan bagi sebuah MPV yang berat, hasil pecutan ini dibantu dengan penggunaan dwi-motor di gandar hadapan dan belakang yang menjadikannya pacuan AWD yang menghasilkan 536 Hp dan 686 Nm!

Selain penghasilan kuasa dan jarak perjalanan yang hebat, Zeekr 009 juga hadir dengan sistem gantungan udara. Selain menampung saiznya yang berat, ianya bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pemanduan dan penumpang.
 

009


Untuk bahagian dalaman, ianya dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri menarik. Antaranya ialah skrin bersaiz 15.6 inci yang diletakkan pada bumbung dan meja besar untuk penumpang belakang. Untuk tempat duduk pulak, ianya dibalut dengan kulit nappa.

Selain itu, ia juga hadir dengan sistem komunikasi dan pengecaman suara untuk setiap tempat duduk, terdapat juga tempat duduk yang dilengkapi dengan fungsi untuk mengurut. Sudah tentu ianya akan memberi keseronokkan dan keselesaan untuk perjalanan jarak jauh.

Zeekr mendakwa bahawa 009 merupakan MPV paling selamat di pasaran, dengan ciri-ciri 30 fungsi bantuan pemandu yang standard untuk semua varian. Ianya didatangkan dengan 12 radar ultrabunyi jarak dekat, 1 radar gelombang ultra jarak jauh, empat kamera pandangan sekeliling 2 MP dan tujuh kamera HD 8 MP.

Sumber: Motor1.com
Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan The Business Times, dua model pertama yang akan dibawa masuk oleh pengedar sah…
Berita Global
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Volvo EM90 dibangun berdasarkan model minivan elektrik Zeekr…
Berita Global
Antara pengeluar terbaharu yang bakal menawarkan model MPV kelak ialah Volvo. Ya, pengeluar yang…