MPV Mustang Mach-E EV pertama lepasi ujian penilaian sukar oleh Michigan State Police

oleh Mohamad Hanif|
Setiap pasukan polis mempunyai ujian penilaian yang tersendiri dalam memilih kenderaan yang sesuai untuk dijadikan sebagai kereta peronda, apatah lagi pada ketika ini sudah banyak pihak mula beralih kepada penggunaan EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford Mustang Mach-E kini merupakan kenderaan elektrik pertama yang sudah melepasi ujian penilaian ketat dijalankan oleh Michigan State Police.
 

Mach-e


Menurut CEO Ford Pro, Ted Cannis menjelaskan, "fakta yang menunjukkan keupayaan Mustang Mach-E melepasi ujian ketat Michigan State Police membuktikan Ford mampu membina sebuah kenderaan elektrik yang berkeupayaan, teguh, dan boleh dipercayai untuk apa jua kerjaya yang mencabar.

Mustang Mach-E berjaya melepasi ujian pecutan, kelajuan tertinggi, ujian brek, serta karakteristik pengendalian ketika situasi kecemasan dan pelbagai lagi kriteria yang perlu dipenuhi untuk pemilihan MPV tahun 2022.
 

Mach-E


MPV Mustang Mach-E yang digunakan oleh Michigan State Police ini menggunakan asas daripada Mach-E GT yang menampilkan sistem pacuan semua roda, konfigurasi motor elektrik berkembar yang mampu menghasilkan 480 hp dan 813 Nm.

Versi standard berkeupayaan untuk mencapai jarak sejauh 402 km sementara versi Performance (dengan daya kilas 860 Nm) boleh mencapai jarak 378 km untuk sekali cas penuh.
 

Mach-E


Selain di US, Ford juga turut menghantar Mustang Mach-E untuk dinilai pasukan polis di UK di mana beberapa jabatan polis di sana mula menunjukkan minat untuk membawa masuk EV ke dalam barisan armada mereka.

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…
Berita Global
Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan. Selain daripada Itali, sebuah…