MPV Toyota Vellfire musnah terbakar 100 peratus, pemandu selamat

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Dewan, di Labuan, pagi Selasa.


Dalam kejadian pukul 10.50 pagi itu, mangsa dikatakan sedang memandu kenderaannya sebelum menyedari lampu kecemasan pada papan pemuka kenderaan itu tiba-tiba menyala.

 

Pemilik kenderaan berkenaan kemudian melihat asap keluar daripada bahagian sisi kiri tayar hadapan kenderaan dan terus keluar menyelamatkan diri.

 

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, sebaik sahaja menyedari kejadian itu, mangsa meletakkan kenderaan di sisi jalan sebelum keluar menyelamatkan diri.

 

Katanya, kenderaan terbabit bagaimanapun gagal diselamatkan sebelum musnah terbakar.

 

"Pihak polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu tiba dilokasi kira-kira jam 11.15 pagi dan mendapati pasukan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang berusaha memadamkan kebakaran.

 

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

 

Ahmad berkata, siasatan awal mendapati tidak sebarang unsur khianat yang boleh dikaitkan sebagai punca kebakaran.

 

Katanya, kes akan dirujuk kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Labuan untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar.

 

Sementara itu, ketika ditanya mengenai bunyi letupan seperti mercun dan bunga api dalam insiden berkenaan, Ahmad berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada JBPM Labuan.

 

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan kehadiran Kia Carens 2022 ini, ia dilihat mampu memberikan saingan sengit kepada segmen yang…
Berita Global
Mengutip info daripada Car 2Day, Nissan dilihat sedang menguji Serena generasi C28 walaupun model…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan…