MRT laluan Putrajaya fasa 2 jalankan operasi percubaan akhir bermula hari ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Rapid Rail Sdn Bhd bersama MRT Corp dan pihak kontraktor akan menjalankan sesi ujian percubaan akhir operasi MRT Laluan Putrajaya Fasa 2, sebagai persediaan untuk pengoperasian penuh transit aliran massa (MRT) laluan Putrajaya.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sesi ujian ini membabitkan operasi tren dari Stesen Putrajaya Sentral sehingga Stesen Kwasa Damansara bermula dari 22 November hingga 18 Disember.

"Tren-tren ujian ini akan berhenti di semua stesen MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 dan tidak akan mengambil penumpang.

"Ketika sesi ujian percubaan akhir operasi ini dijalankan, kekerapan operasi tren MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 juga akan berubah kepada 8 minit di waktu puncak pagi dan petang (7 pagi hingga 9.30 pagi dan 5petang hingga 7.30 malam) dan 12 minit di luar waktu puncak," kata Rapid Rail dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ujian percubaan akhir ini adalah salah satu pra-syarat yang telah ditetapkan untuk mengukur dan menguji keberkesanan sistem sebelum kelulusan dapat diberikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) bagi pengoperasian penuh MRT Laluan Putrajaya.

"Untuk makluman penumpang di stesen, notis telah dipaparkan dan pengumuman juga dibuat di stesen-stesen serta notis juga dipasang pada pintu tren ujian bagi makluman pengguna," kata Rapid Rail.

Sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di 03-78852585.

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, MRT Putrajaya Fasa Dua kini siap 99.9 peratus…
Uncategorized
Mereka juga mula membaling batu dan menyerang kenderaan polis. Santiago mempunyai landasan Metro…
Berita Domestik
Keadaan geologi di bawah permukaan tanah yang terbabit dalam projek MRT2 terdiri dari pelbagai…