MRT Putrajaya Fasa 1 mula beroperasi 16 Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Fasa 1 Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya akan mula beroperasi pada 3 petang 16 Jun ini, yang menjanjikan ketersambungan dan akses lebih baik untuk orang ramai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MRT Corporation memberitahu FMT, 12 stesen akan dibuka dalam Fasa 1, iaitu Kwasa Damansara, Kampung Selamat, Sungai Buloh, Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu.

Fasa 2, dari Kampung Batu ke Putrajaya, dijadualkan mula beroperasi Januari depan.

Penumpang yang menggunakan Laluan Putrajaya Fasa 1 akan menikmati pertukaran lancar ke MRT Laluan Kajang, yang membolehkan mereka menukar laluan lebih cepat dengan platform di aras sama di stesen Kwasa Damansara.

Bas pengantara dan bas GoKL akan disediakan di stesen bagi menyambungkan destinasi pertama dan terakhir.

Syarikat itu berkata, MRT Laluan Putrajaya akan membawa orang ramai lebih dekat kepada alam semula jadi dengan menawarkan sambungan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia dan Taman Metropolitan Kepong.

Laluan itu pada awalnya dijadualkan mula beroperasi pada Ogos 2021, tetapi ditangguhkan ke pertengahan November lalu dan menghadapi kelewatan sekali lagi.

Selepas siap sepenuhnya, MRT Laluan Putrajaya akan meliputi jajaran sepanjang 57.7km, dengan 36 stesen dari Kwasa Damansara ke Putrajaya.

Sumber: FMT

Berita Berkenaan

Informasi
  Walaupun pihak RapidKL berkata bahawa mereka akan memperbaiki masalah ini secepat mungkin,…
Informasi
  "Pihak tersebut sedang memantau dan memastikan ujian itu melepasi garis panduan yang disediakan…