MSI lancar laptop gaming Stealth 16 Mercedes-AMG Motorsport

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar komputer MSI baru-baru ini telah melancarkan produk laptop gaming dengan membawakan tema Mercedes-AMG Motorsport untuk pasaran Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laptop gaming MSI Stealth 16 Mercedes-AMG Motorsport itu membawakan saiz sebesar 16 inci yang diperbuat daripada aloi magnesium, mempunyai berat sekitar 1.88 kg dan senipis 19.95 mm sahaja.
 

msi


Ia menampilan skrin 4K+ 3,840 mm x 2,400 mm resolusi ultra tinggi, dengan cip pemprosesan 14 teras Intel Core i9-13900H, kad grafik Nvidia GeForce RTX 4060, SSD 1TB dan RAM 32GB sebagai ciri standard.

Namun begitu, terdapat opsyen naik taraf kad grafik kepada RTX 4070, RAM 64GB dan SSD 2TB untuk model tertinggi.
 

msi


Setiap pembelian akan disertakan dengan aksesori eksklusif Mercedes-AMG Motorsport termasuklah tetikus RGB berserta alas tetikus, poskad, pemacu USB, beg simpanan khas, serta kotak pembungkusan premium yang menampilkan logo MSI dan Mercedes-AMG Motorsport.

Untuk pasaran Jepun, MSI menjual Stealth 16 Mercedes-AMG Motorsport ini dengan harga bermula dari 300,000 yen hingga 430,000 yen untuk versi tertinggi (RM9,497-RM13,612).
 

msi


Berdasarkan semakan, MSI turut menjual laptop gaming Stealth 16 Mercedes-AMG untuk pasaran Malaysia dengan spesifikasi kad grafik GeForce RTX 4070, dengan harga jualan bermula dari RM13,999.

Boleh semak menerusi pautan INI.