Mufti ingatkan berdosa jika tidak patuhi peraturan jalan raya

oleh HEZERI SAMSURI|

Umat Islam diingatkan bahawa mematuhi peraturan lalu lintas dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan itu adalah wajib.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata pihak berkuasa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT) adalah badan yang bertanggungjawab untuk kepentingan pengguna di atas jalanraya.

"Maka kewajipan itu terpakai kerana mentaati pemerintah selama mana sesuatu arahan yang dikeluarkan dari pihak pemerintah tidak bercanggah dengan al-Quram dan sunnah," terang beliau dalam penerangan Bayan Linnas Siri ke-180: Fiqh Jalan Raya Sempena Hari Raya semalam.

Zulkifli juga menambah bahawa sekiranya tiada sistem dan undang-undang jalan raya, maka akan mengakibatkan kecelakaan kepada diri sendiri, pengguna jalan raya yang lain dan mana-mana infrastruktur awam dan seseorang itu dianggap berdosa di atas kesalahan tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Beliau kemudian memberikan contoh-contoh seperti penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar dan juga topi keledar, peraturan had laju itu adalah bertujuan untuk menjaga nyawa manusia. 

"Seperti yang diketahui umum, hifz al-nafs (menjaga nyawa) merupakan antara teras paling utama dalam maqasid syarak,” katanya.

Add new comment

Careta Ad