Muhammad Iqbal Suji muncul juara GR Velocity Esports Championship 2022!

oleh Mohamad Hanif|
Kejuaraan Esports Toyota GR Velocity yang berlangsung di 1 Utama Shopping Complex baru-baru ini menobatkan Muhammad Iqbal Suji sebagai juara keseluruhan dengan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM20,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemuda berusia 24 tahun itu berjaya mengalahkan sembilan lagi finalis menerusi tiga siri perlumbaan akhir yang menampilkan semangat kesukanan dan professionalisme yang tinggi di kalangan para pelumba dalam talian di Malaysia.
 

Supra


Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, "Aktiviti perlumbaan yang dianjurkan oleh Toyota, baik di dalam litar sebenar mahupun di dalam talian adalah berkenaan memperkasakan impian individu dan mendorong mereka untuk berjaya.

"Penganjuran Toyota GR Velocity Exports Championship memberikan mereka platform yang ideal untuk mengembangkan dan mengeluarkan potensi penuh mereka, di mana ada yang telah beralih ke perlumbaan yang sebenar," ujarnya lagi.
 

GR Velocity


Pemenang utama Muhammad Iqbal akan mara mewakili Malaysia untuk Toyota GAZOO Racing GT Cup yang dianjurkan oleh Toyota Motor Asia Pasific (TMAP) pada 2 Oktober ini bersama-sama pemenang tempat kedua, Muhammad Uzair dan pemenang tempat ketiga Taj Izrin Aiman Taj Madira.

Ketiga-tiga pelumba Malaysia ini juga turut berpeluang untuk mewakili negara untuk peringkat akhir global yang akan diadakan di Monaco pada 25 November ini.
 

GR


Acara pusingan akhir itu turut menyaksikan empat perlumbaan khas yang menampilkan selebriti yang berlumba di dalam Vios Challenge, para pengamal media, pelumba jemputan serta pelumba muda di dalam kelas Rookie Vios Challenge.

Berikut merupakan keputusan setiap perlumbaan yang diadakan:

Race 1
Litar: Autodromo Interlagos, Brazil
Jarak: 4.309 km
Masa: 15 minit
Jentera: Toyota GR Supra Racing Concept 591 bhp
Pemenang: Taj Izrin Aiman

Race 2
Litar: Autodromo Interlagos, Brazil
Jarak: 4.309 km
Masa: 30 minit
Jentera: Toyota GR Supra Racing Concept 591 bhp
Pemenang: Muhammad Uzair

Race 3
Litar: Spa-Francorchamps, Belgium
Jarak: 7.004 km
Masa: 40 minit
Jentera: Toyota TS050 Hybrid 1,000 bhp
Pemenang: Muhammad Iqbal

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lebih daripada 800 orang menyertai pusingan kelayakan yang diadakan bermula dari 21-29 Ogos dan…