MULLINER SEDIAKAN REKAAN EKSKLUSIF UNTUK PEMILIK BENTLEY

oleh Hamimah Hamid|
SESUAI dengan imejnya, jenama kereta mewah Bentley menawarkan pemilik kenderaan itu dengan pilihan gaya peribadi ekslusif.



Mulliner, bahagian pentauliahan peribadi Bentley berdiri sebagai lambang pemperibadian reka bentuk automotif, mempamerkan pilihan mewah mengikut pesanan pelanggan Bentley.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak 1760, Mulliner yang terkenal di seluruh dunia automotif dalam menghasilkan beberapa Bentley secara eksklusif telah menggabungkan bahan dan teknologi inovatif untuk mencipta beberapa ciri luar biasa.

 

Kemasan istimewa, logam dan bahan yang inovatif, serta rangkaian cat luaran dan keseluruhan mana-mana Bentley boleh disesuaikan bagi menonjolkan kemegahan pemilik.

 

Ini membuktikan kesenian dan kreativiti yang ditunjukkan oleh pasukan Mulliner untuk memvisualisasikan visi pelanggan mereka.

 

Bahagian luar "Moonbeam" yang menyerlah menjadi satu daripada pelbagai warna dan kemasan yang tersedia dalam palet Bentley.

 

Pemilik diberikan pilihan untuk menggunakan warna pada kereta mereka dengan cara yang menarik dan kreatif. 

 

Ia termasuk pilihan dwi tona dan warna yang dipesan serta digandingkan dengan perincian bahagian luar hitam berkilat bagi Spesifikasi Garis Hitam.

 

Selain itu, butiran halus seperti dilapisi venir batu galaksi menjadi penghias dan lebih elegan. 

 

Dengan teknik pemotongan laser yang inovatif, ia membolehkan Mulliner mengukir batu hiasan tersebut seperti batu sebenar untuk mencipta panel lapisan venir.

 

Tekstur sentuhan yang diaplikasikan boleh digunakan dalam mana-mana satu daripada empat warna berbeza.

 

Jahitan seperti perincian kecil memberi kesan di bahagian dalam kereta dan mencipta pilihan warna jahitan yang kontras.

 

Dengan padanan peribadi ekslusif Mulliner, Bentayga V8 antara model khusus yang dilengkapi dengan spesifikasi 'Touring' dan Bentley Dynamic Ride, yang menjadikan Bentayga selesa untuk pemandu serta penumpang.

 

Model ini menjadi antara yang terbaik dengan ciri mewah dan kemasan istimewa.

 

Harga jualan Bentayga V8 bermula dari RM2,150,000.

 

Pelanggan boleh berkunjung ke bilik pameran Bentley Kuala Lumpur untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan peribadi ekslusif Mulliner.

 

 

Penulis: Firdaus Razani