Munich Precision - pusat servis kenderaan Continental baharu dibuka di Petaling Jaya

oleh Mohamad Hanif|
Munich Precision Sdn Bhd merupakan sebuah pusat servis kenderaan berjenama Continental yang baharu sahaja dibuka di Seksyen 51a Petaling Jaya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01


Pusat Servis ini mempunyai kepakaran tersendiri untuk mengendalikan kenderaan-kenderaan seperti Mercedes-Benz, BMW, Audi, Porsche dan jenama-jenama Continental yang lain, malah mereka juga turut mendapat persijilan bertaraf tinggi daripada BMW, Mercedes-Benz dan Audi.

Selain daripada itu, kakitangan syarikat ini turut terdiri daripada pemegang ijazah, serta pemenang dan finalis pelbagai pertandingan di persada antarabangsa termasuk Eropah dan Malaysia - secara kolektifnya, Munich Precision mempunyai kepakaran berusia lima dekad lamanya dan ia merupakan satu kekuatan bagi meyakinkan pelanggan.

 


Sedikit informasi penting berhubung Munich Precision Sdn Bhd

  • Syarikat yang dimiliki dan dioperasikan oleh barisan pengarah yang berasal dari Malaysia dan Britain dengan latar belakang dalam aspek teknikal BMW, perkhidmatan pelanggan dan kepimpinan, di samping pengalaman yang terbukti dalam industri automotif.
  • Pasukan Teknikal: Pasukan profesional yang memiliki anugerah, pencapaian bertaraf nasional, dan ijazah kejuruteraan.
  • Pasukan Perkhidmatan Pelanggan: Pasukan perkhidmatan pelanggan yang berpengalaman dengan pendedahan kepada dunia antarabangsa.
  • Sedia untuk E-Drive: Pusat kepakaran sebenar bagi kenderaan hibrid dan elektrik bertaraf premium, iaitu yang pertama di Malaysia. Mampu mendiagnosis dan mengendalikan sistem bervoltan tinggi.
  • Bengkel yang bersih dan lengkap menjamin suasana dan etika kerja yang berkualiti. Peralatan mekanikal yang bertaraf tinggi, keupayaan diagnosis dan alatan penilaian yang terbaik dimanfaatkan demi kejituan.
  • Fasiliti yang ideal terletak di atas perkarangan bersaiz besar, hadir dengan ruang parkir yang luas dan sistem sekuriti bertaraf tinggi.
  • Ruang kerja yang lengkap dengan Wi-Fi untuk menawarkan kemudahan tambahan kepada para pelanggan.

 

 

  • Perkhidmatan Mobiliti: Dua kereta disediakan untuk memudahkan pergerakan para pelanggan.
  • Khidmat ambil / letak yang dilanjutkan (7 pagi hingga 8 malam, Isnin-Jumaat) untuk kesenangan para pelanggan.
  • Ruang berehat, surau, dan elemen-elemen keselesaan pelanggan diberikan perhatian.
  • Waranti bagi alat ganti yang dibekalkan oleh Munich Precision: 18 bulan bagi alat ganti Tulen, 12 bulan bagi alat ganti OEM. Khidmat buruh bagi tugas penggantian juga disertakan (tertakluk kepada terma & syarat).
  • Khidmat pembersihan dan perincian seperti mencuci, menggilap (dengan produk Meguiar’s), penyalutan cat, penjagaan tempat duduk dan interior, pemulihan lampu hadapan dan banyak lagi.
  • Tawaran harga yang kompetitif untuk menjamin nilai yang terbaik buat para pelanggan. Tiada caj berlebihan, tiada gesaan untuk membeli barangan yang tidak perlu.

 


Bersempena dengan upacara pembukaan, Munich Precision Sdn Bhd kini menawarkan promosi khidmat menggilap kereta secara percuma menggunakan jenama premium Meguiar's untuk pelanggan yang mahu mendapatkan servis penukaran minyak pelincir, di mana penapis minyak akan dibekalkan secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Munich Precision pada pautan berikut:
Laman web: www.munichprecision.com
Facebook: Munich Precision
Instagram: Munich Precision
Tel (talian tetap):    03 7493 8892
E-mel:  [email protected]
Waktu Pembukaan: Isnin-Jumaat 9am-6pm, Sabtu 9am-1pm

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Sepanjang pengalaman saya di dalam bidang ini, Proton sering beruntung kerana dapat berselindung di…
Berita Domestik
Dibina atas tanah berkeluasan 38,323 kaki persegi, pusat pameran Autohaus Asbenz Langkawi mempunyai…
Berita Domestik
Atas dasar ingin membantu, Scrut Auto kini melanjutkan tempoh operasi mereka sehingga ke 10 malam…