Mustang Super Cobra Jet 1800, bukan ICE tapi kereta drag elektrik!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mustang Super Cobra Jet 1800
Mustang Super Cobra Jet 1800
Perbandingan pecutan di antara kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan kereta elektrik (EV) seperti yang banyak dipertontonkan di media sosial tidak adil.

Sebabnya kedua-dua kereta mempunyai teknologi berbeza. Kelebihan EV terletak pada motor elektrik yang membekalkan kuasa secara spontan.

Perbandingan yang betul ialah di antara EV dengan EV.

Namun perlu diakui banyaknya video pecutan tersebut membantu dalam menonjolkan keupayaan sesebuah EV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Ford Mustang Super Cobra Jet 1800

 

Terbaru Ford Performance memperkenalkan Mustang Super Cobra Jet 1800 untuk mencipta rekod baharu.

Mustang Super Cobra Jet 1800 adalah model lanjutan Mustang Cobra Jet 1400, pemegang rekod dunia Persatuan Hot Rod Kebangsaan (NHRA) bagi kenderaan elektrik badan penuh.

Rekod itu dibuat oleh Bob Tasca III pada Jun 2021 di Norwalk, Ohio dengan masa 8.128 saat pada kelajuan 171.97 bsj pada jarak suku batu.

 

Ford Mustang Super Cobra Jet 1800

 

Mustang Cobra Jet 1400 adalah produk kerjasama di antara Ford Performance, MLe Racecars, AEM-EV, Cascadia Motion dan Watson Engineering.

Kini mereka kembali untuk menaik taraf casis, rangkaian kuasa dan sistem kawalan. 

Projek 2023 mempunyai nama baharu, Ford Performance membawa semula nama Super Cobra Jet yang pertama kali ditawarkan pada Mustang 1969.

 

Ford Mustang Super Cobra Jet 1800

 

Super Cobra Jet adalah versi naik taraf Cobra Jet Mustang pada masa itu dan nama yang bertepatan untuk projek ini.

Super Cobra Jet 1800 menggunakan empat penyongsang (inverter) PN-250-DZR yang sama dan dipadan dengan motor DS-250-115 dua lapis bertindan seperti sebelum ini.

Pakej itu dipadan dengan transmisi baharu dari Liberty dan dikuasakan sistem bateri baharu yang lebih ringan dan direka oleh Ford Performance dan MLe Racecars.

 

Ford Mustang Super Cobra Jet 1800

 

Kuasa dihantar ke belakang dan telah diperbaharui oleh MLe Racecars. Bahagian suspensi juga berbeza dengan geometri yang dipertingkatkan oleh PMR.

Jentera drag ini menggunakan tayar drag Mickey Thompson yang lebih besar untuk mengoptimumkan pelancaran kereta yang lebih berkuasa.

Sistem kereta diuruskan oleh perisian Ford Performance dan beroperasi melalui perkakasan AEM-EV.

Sistem perolehan data baharu, paparan dan sistem pembahagian kuasa direka secara dalaman.

 

Ford Mustang Super Cobra Jet 1800

 

Selain mahu mencipta rekod mengatasi Cobra Jet 1400, jentera ini juga disasarkan untuk mencatat masa terpantas EV dan pacuan dua roda EV pada kelajuan 0 hingga 60 bsj.

Kesemua rekod itu mahu dicapai pada acara NHRA akan datang. 

Pengasas bersama MLE Racecar dan pemandu ujian rasmi program, Pat McCue bakal mengemudi jentera ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ford Mustang Super Cobra Jet 1800