Mutasi virus COVID-19 - Toyota terpaksa tutup kilang di UK, Perancis

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan peningkatan kes mutasi virus COVID-19, beberapa negara kini mula mengenakan langkah sekatan perjalanan dan menutup kembali sempadan sebagai langkah berjaga-jaga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Bloomberg, kesan daripada langkah tersebut mengakibatkan kelewatan dari segi pengangkutan yang tidak dapat dielakkan dan menyebabkan Toyota membuat keputusan untuk menghentikan sementara produksi di UK dan Perancis bermula hari ini.

Dalam satu emel kenyataan, wakil jurucakap Toyota Shino Yamada menjelaskan penutupan sempadan telah menyebabkan gangguan terhadap penghantaran alat-alat ganti yang diperlukan.

Beberapa buah negara global telah pun mula menjalankan langkah pencegahan bagi membendung penularan jangkitan mutasi di kalangan orang awam, seperti Perancis pada 20 Disember yang lalu, manakala beberapa negara lain seperti Kanada, Hong Kong dan India juga turut melaksanakan sekatan perjalanan.

Toyota sebelum ini merancang untuk menutup kilang di UK dan Perancis bermula 24 Disember bersempena musim cuti perayaan, namun mereka terpaksa menutup lebih awal berbanding perancangan terdahulu.

Kilang Toyota di Perancis akan beroperasi pada 29 Disember, sementara di UK hanya akan memulakan operasi pada 5 Januari 2021.

Sementara itu, wakil jurucakap Honda Motor Co pula menyatakan tiada sebarang perubahan terhadap penutupan kilang yang dijadualkan bermula 23 Disember sehingga 3 Januari tahun hadapan.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…