Muzium Toyota Mega Web bakal ditutup 31 Disember ini

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu berita yang menyedihkan buat para peminat Toyota, ini kerana pusat pameran (baca: muzium) Toyota Mega Web yang dibuka sejak 1999 bakal menutup pintu secara kekal pada 31 Disember 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Toyota, syarikat hartanah yang memiliki kawasan Pallete Town mahu membangunkan semula kawasan tersebut dan ia akan memberikan kesan bukan sekadar kepada Toyota Mega Web, malah beberapa tarikan menarik seperti History Garage, Grease Diecast Shop & Cafe, garaj restorasi dan 'litar ujian'.

 


Tidak seperti muzium atau taman bertemakan automotif, Toyota Mega Web tidak mengenakan sebarang bayaran masuk, dan anda boleh melihat pelbagai jenis model-model Toyota yang dipamerkan, serta model-model konsep yang dipamerkan pada tingkat kedua.

Toyota juga turut mempamerkan sejarak penglibatan mereka di dalam sukan permotoran seperti rali, serta kenderaan-kenderaan klasik daripada jenama selain Toyota turut dipamerkan sekali.

 


Semenjak dibuka pada tahun 1999, Toyota Mega Web telah berjaya menarik kunjungan lebih daripada 127 juta orang.

Berita baiknya, Toyota Motor Corporation turut sama terlibat di dalam proses pembangunan semula kawasan tersebut, dan mungkin satu hari nanti mereka bakal tampil dengan konsep Mega Web yang lebih menarik berbanding apa yang ada pada ketika ini.