MV Agusta Brutale 1000 RR - naked yang memang brutal!

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar motosikal dari Itali, MV Agusta telah memperlihatkan sebuah lagi model baharu dalam kategori naked, iaitu MV Agusta Brutale 1000 RR yang mampu memberikan saingan sengit kepada model seperti Ducati Streetfighter V4 S, Kawasaki Z H2, Aprilia Tuono 1100 Factory dan KTM 1290 Super Duke R.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dibangunkan berdasarkan model Brutale 1000 Serie Oro yang diperkenalkan pada akhir tahun 2018, Brutale 1000 RR didatangkan dengan nadi empat silinder sebaris bersesaran 998 cc yang menghasilkan 208 hp (@ 13,000 rpm) dan daya kilas 117 Nm.

Kesemua ini dipakejkan ke dalam satu produk yang memiliki berat sekitar 185.9 kg dan pihak MV Agusta melengkapkan Brutale 1000 RR ini dengan sistem brek Brembo Stylema.

 


Sistem kawalan dinamik motosikal ini dipantau oleh Eldor Inertial Measurement Unit serta menampilkan beberapa ciri seperti empat mod tunggangan (Sport, Race, Rain, Custom), sistem penukaran gear tanpa klac quickshift, kawalan pelayaran, launch control, serta wheelie control.

Ia dibantu dengan penggunaan steering damper elektronik dan sistem suspensi elektronik fork terbalik Öhlins NIX 43 mm hadapan dan penyerap hentak TTX36 di bahagian belakang.

 


Bagi memastikan kestabilan motosikal berkuasa 208 hp ini, Brutale 1000 RR dipasang dengan beberapa komponen sayap kekal untuk meningkatkan daya turun ketika kelajuan melebihi 193 km/j serta memastikan tayar kekal mencengkam jalan.

Segala data-data penting motosikal dipaparkan menerusi skrin TFT bersaiz 5 inci selain menawarkan sambungan kepada peranti pintar, dan sistem navigasi turn-by-turn.

 


Aplikasi MV Ride juga membolehkan penunggang menetapkan beberapa ciri seperti sistem suspensi dan talaan menerusi peranti pintar, selain mempunyai ciri yang memudahkan perkongsian log data kepada penunggang lain.  

Setakat ini, harga jualan bagi MV Agusta Brutale 1000 RR masih lagi belum diumumkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Berita Domestik
Majlis tersebut telah berlangsung di premis pameran MV Agusta Malaysia terbaharu yang terletak di…
Model Terbaharu
Tidak seperti model hyper-naked Rush yang dihasilkan dengan penampilan pasca perang, MV Agusta…