Kita kenal Lewis Hamilton sebab dia pelumba dan juara 3 kali F1.
Kita kenal beliau kerana beliau sekarang mendahului mata kejuaraan F1dengan 34 mata.
Tetapi yang kita tidak sedar ialah dia juga adalah peminat superbike dan jenama MV Agusta.
Oleh itu Hamilton dan MV Agusta telah bekerjasama untuk mengeluarkan model terhad F4 RC LH44 yang istimewa.
Model ini berdasarkan model khusus WSBK F4 RC yang sememangnya terhad.
Tetapi terdapat hanya 44 sahaja model F4 RC LH44 yang dijual, membuatkan ia model MV Agusta yang lebih unik.
Model istimewa Lewis Hamilton ini menampilkan ciri-ciri istimewa seperti tandatangan Lewis, ekzos buatan titanium dan juga tayar dari Pirelli.
Harga dilaporkan sekitar bersamaan RM300,000 sebiji, tetapi ia mungkin akan lebih berharga apabila habis dijual.