MV Agusta mahu hasilkan model-model 350cc twin

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama motosikal premium dari Itali, MV Agusta akan menghasilkan model-model baharu berdasarkan enjin 350cc silinder kembar.

Menurut CEO MV Agusta, Timur Sardarov, ia akan menggunakan model itu untuk menembusi pasaran selain dari negara-negara Barat, terutama pasaran yang memberikan fokus yang lebih untuk enjin-enjin kecil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"MV Agusta akan memasuki pasaran motosikal terbesar dunia - 350 ke 500 cc," ujar Timur.

Enjin 2-silinder 350 cc itu akan menjadi platform kepada pelbagai varian baharu untuk MV Agusta.

Namun begitu, Timur tidak menyatakan samada ia adalah enjin V-twin atau dua silinder selari (seperti Kawasaki Versys atau ER6).

Model 350cc itu juga akan membuka pasaran baharu untuk MV Agusta kerana harganya yang lebih rendah serta mampu menarik minat mereka yang mahu menunggangnya setiap hari.

Model 350cc ini dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun 2020.

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Berita Domestik
Majlis tersebut telah berlangsung di premis pameran MV Agusta Malaysia terbaharu yang terletak di…
Model Terbaharu
Tidak seperti model hyper-naked Rush yang dihasilkan dengan penampilan pasca perang, MV Agusta…