MV Agusta Rush - 212 hp, hanya 300 unit

oleh HEZERI SAMSURI|
MV Agusta adalah sebuah jenama motosikal yang dikenali ramai di Malaysia, tetapi bukan kerana produknya.

Ia dikenali ramai kerana ia pernah menjadi milik syarikat Proton dahulu. Selepas membayar Euro 70 juta (RM367 juta) dalam tahun 2004 untuk memiliki syarikat motosikal premium Itali itu, ia dijual balik setahun selepas itu dengan harga Euro 1.

Maka tidak hairanlah Proton sendiri terpaksa dijual dengan cara paling "sopan", di mana walaupun majoriti saham dipegang oleh sebuah syarikat tempatan, modal operasi dan pengurusan pula datang dari syarikat China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tinggalkan sejarah menarik negara Malaysia yang maju itu dan kita fokus kembali kepada motosikal yang terpampang di sini -  MV Agusta Rush model tahun 2021.

Model "hyper-naked" ini menggunakan Brutale 1000 RR sebagai model asasnya. Ia kemudian ditambah perencah seperti rekabentuk yang lebih seksi dan kualiti pembuatan yang lebih diperhalusi.

 

 

Tayar belakang Pirelli Diablo Supercosa 17 X 6.0 yang besar itu dibuat khusus untuk Rush, dan mempunyai garisan sisi berwarna kuning agar padan dengan konsep keseluruhan model istimewa ini.

Komponen-komponen seperti tuil brek dan klac serta pedal kaki dihasilkan dari seketul besi (billet) sementara sistem ekzos menggunakan bahan karbon dan titanium.

Tapak pelana dan kebanyakan panel badan Rush menggunakan karbon fiber, dan pelana itu sendiri ialah dari Alcantara.

Enjin 4-silinder sebaris 1,000cc ini menggunakan empat "throttle body" bersaiz 50mm dari Mikuni sementara injektor jenis "shower" dari Magneti Marelli digunakan di sebelah atas "throttle body" tersebut.

 

 

 

Di bawah, ia ditambah lagi dengan empat injektor dari Mikuni. Injap-injap yang digunakan dibuat menggunakan titanum.

Berbanding dengan Brutale 1000 RR, Rush menghasilkan 208 hp pada 13,000 rpm sementara kadar daya kilas ialah 116.6 NM pada 11,000 rpm.

Jika itu masih terasa tidak cukup kuat, MV Agusta mempunyai kit perlumbaan (ECU dan sistem ekzos) dan ia akan melonjakkan tenaga maksimum kepada 212 hp pada 13,600 rpm.

Puas hati? 

 

 

Sistem gantungan menggunakan peredam 43 mm Öhlins NIX EC  untuk hadapan dan Öhlins TTX EC di belakang. Jenama Öhlins juga digunakan untuk peredam stereng. Oh ya, ketiga-tiga peredam tersebut dikawal secara elektronik.

Sistem brek ialah dari Brembo (320mm di hadapan dan 220mm di belakang).

Walaupun ia nampak sarat, berat kering Rush ialah 186 kg sahaja.

Harga jualan MV Agusta Rush di US ialah sebanyak US$40,600 atau RM167,600. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Berita Domestik
Majlis tersebut telah berlangsung di premis pameran MV Agusta Malaysia terbaharu yang terletak di…
Model Terbaharu
Tidak seperti model hyper-naked Rush yang dihasilkan dengan penampilan pasca perang, MV Agusta…