MV Agusta Superveloce Alpine, 3 silinder kuasa 147hp RM178k!

oleh Muhammad Md Tajudin|
MV Agusta Superveloce Alpine
MV Agusta Superveloce Alpine
Apa yang boleh dikatakan mengenai MV Agusta dari Itali? Cantik, menawan dan berseni. Pada 2018 MV Agusta memperkenalkan sebuah lagi objek seni beroda iaitu Superveloce dengan gayaan retro.

Superveloce diasaskan dari F3 800 dan semasa dipertontonkan di EICMA 2018 motosikal ini memenangi Anugerah Motosikal Cantik Dalam Pameran.

Superveloce mula dikeluarkan pada tahun ini dan kepada peminat yang mahukan sesuatu lebih istimewa, MV Agusta menawarkan edisi khas dalam jumlah terhad.

MV Agusta dan Alpine bekerjasama bagi mengeluarkan Superveloce Alpine dan terhad kepada 110 unit sahaja.

Alpine adalah pengeluar kereta lumba dan sport ikonik dari Perancis yang ditubuhkan pada tahun 1955 dan kini merupakan subsidiari Renault.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Superveloce Alpine

 

Motosikal yang dikeluarkan ini pula diinspirasi dari kereta Alpine 110, kereta sport dua pintu dengan bentangan enjin di tengah dan pacuan roda belakang.

Satu dari Itali dan satu lagi dari Perancis dan kedua-dua jenama ini mempunyai sejarah menarik di dalam dunia perlumbaan.

Superveloce Alpine menggunakan enjin signatur 798cc tiga silinder dengan kuasa 147 hp pada 13,000 rpm dan kelajuan maksimum 240 km/j.

Jelas membezakannya dengan Superveloce sedia ada ialah rekaan grafik dan warna badan biru dan perak ala Alpine 110 selain dikeluarkan sebanyak 110 unit sahaja.

 

Superveloce Alpine

 

Logo A tinggi pada fairing pula adalah imbasan perincian A110 selain kerusi dengan balutan Alcantara dan sulaman biru dan roda aluminium buatan CNC warna hitam.

Lagi komponen istimewa ialah mudguard, fairing bawah, pelindung saluran udara dan sebagainya yang diperbuat dari gentian karbon.

Pada bahagian kepala handle terpampang angka nombor siri terhad. Di fender depan terdapat bendera Perancis dan Itali sebagai tanda penghargaan kerjasama dua warisan negara.

 

Superveloce Alpine

 

Turut istimewa apabila Superveloce Alpine didatangkan dengan kit perlumbaan yang terdiri dari ekzos Arrow Racing 3 dengan ECU khas, penutup tangki minyak dan pelindung motosikal.

Harga MV Agusta Superveloce Alpine bermula dari EUR36,300 atau bersamaan RM178,124.

Sebagai perbandingan, Superveloce Serie Oro edisi terhad berharga EUR24,190 (RM118,700) manakala Superveloce 800 berharga EUR19,900 (RM97,649). 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Superveloce Alpine