MYAirline tawar tambang serendah RM59 ke Pulau Pinang, Kota Bharu sempena Ramadan

oleh Penyumbang Rencana|
MYAirline mengumumkan jualan kilat istimewa selama dua hari sebagai tanda terima kasih kepada pelanggannya dengan mengadakan promosi istimewa Ramadan.


MYAirline dalam satu kenyataan memaklumkan, tambahan baharu pada Istimewa Ramadan tersedia untuk pembelian pada 27 dan 28 Februari 2023 sahaja, dengan tarikh perjalanan dari 20 Mac hingga 13 April 2023.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Katanya, tarikh tersebut tersedia dengan tambang serendah RM59 ke Pulau Pinang dan Kota Bharu, RM79 ke Langkawi, RM119 ke Sibu, Miri dan Kuching, RM169 ke Kota Kinabalu dan RM189 ke Tawau.

 

"Tambang semua terdiri daripada tambang penerbangan dan surcaj lain, tetapi sebagai bonus, MYAirline menambah kemudahan daftar masuk bagasi sejumlah 15 kilogram dan pemilihan tempat duduk secara percuma untuk promosi ini," katanya.

 

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran promosi penerbangan tersebut boleh melayari laman web myairline.my atau aplikasi MYAirline melalui Apple App Store dan Google Play Store.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Selain empat penerbangan harian sedia ada, pada 11 dan 13 Ogos 2023, penerbangan tambahan…
Informasi
  Promosi harga itu yang boleh ditempah mulai 20-31 Mei, 2023, adalah bagi tempoh perjalanan pada…
Berita Domestik
Dalam satu kenyataan terbaharu, MYAirline menjelaskan pencapaian tersebut merupakan bukti kerja…