MYAirline tawar tambang tetap RM300 bagi laluan Sabah, Sarawak

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
MYAirline kini menawarkan harga tiket penerbangan tetap pada RM300 bagi semua laluannya antara Kuala Lumpur dan Malaysia Timur bersempena sambutan pesta menuai Kaamatan dan Gawai.


Dalam kenyataannya pada Jumaat, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata promosi yang merangkumi sehingga 4,000 tempat duduk, tidak termasuk bayaran lain yang ditetapkan untuk perjalanan sehala.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Promosi harga itu yang boleh ditempah mulai 20-31 Mei, 2023, adalah bagi tempoh perjalanan pada 27-29 Mei, 2023 bagi laluan Sabah serta 29-31 Mei, 2023 bagi Sarawak.

Penumpang pesawat itu akan turut menikmati kemudahan bagasi daftar masuk seberat 20 kilogram.

"Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam menawarkan harga tambang tetap bagi penerbangan bersempena sambutan Kaamatan dan Gawai," kata Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo.

Menerusi tawaran harga asas tetap RM300 untuk tiket sehala, beliauu berkata MYAirline berharap dapat menyumbang kepada permintaan perjalanan serta mempromosi pengalaman budaya unik perayaan Kaamatan dan Gawai selama sebulan yang jatuh pada 1 dan 2 Jun ini.

Laluan penerbangan MYAirline bagi Malaysia Timur MYAirline termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Kuching, Sibu dan Miri.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Tambang yang dihadkan itu terpakai dari Kuala Lumpur (KUL) untuk perjalanan tiga hari sebelum…